isu_berhenti_merokok

Isu berhenti merokok terfikir bila saya sudah merokok selama empat-puluh tahun, ya hampir setengah abad lamanya. Bagaimana ia jadi bergitu lama? Untuk makluman, saya mula merokok sejak berumur sepuluh tahun. Percaya atau tidak terpulang. Ketika itu saya kerap berkunjung ke rumah datuk saya dan tompang kacau hisap rokok daun nipah dia. Datuk tidak pun melarang atau menegah saya menghisap rokok daun nipahnya tetapi hanya berpesan jangan bubuh tembakau, nanti mabuk! Itulah saja yang kerap dikataknya kepada saya. Saya akur, tetapi terus menggulung dan terus menghisap lagi.
Sehingga saya berkerja dan pandai membeli sebatang, dua batang dan seterusnya beli sekotak.
Tiga puluh tahun dulu harga rokok sebatang baru lima sen. Dengan wang lima puluh sen boleh beli sekotak rokok untuk sepuluh batang. Pada hari ini sebatang rokok berharga empat puluh sen.
Isu berhenti merokok terbit dari isu kenaikan harga rokok akhir-akhir ini. Saya akan bawa anda ke dunia pengiraan bagaimana saya yang berumur lima puluh tiga tahun ini telah menghabiskan wang dan memenohkan usia paru-parunya dengan jelaga asap rokok. Dalam masa sehari atau dua puluh empat jam saya menghisap rokok yang jumlah panjangnya ialah 120 sentimeter. jika sebulan jumlahnya ialah 3,600 sentimeter, dalam setahun jumlahnya mencecah 43,200 sentimeter atau sejauh 43.2 km. Saya sudah merokok selama 40 tahun sudah tentu jumlahnya sejauh 1,728 km. Jika warga Malaysia yang merokok satu juta orang tentu jumlahnya 1.728 bilion km. Woo hebatnya, entah berapa kali keliling dunia!
Inilah yang menyebabkan ujud isu untuk berhenti merokok.

Ada ramai perokok-perokok yang ingin berhenti merokok? Ramai orang berfikir yang berhenti merokok boleh berlaku dengan sekelip mata? Tidak semudah itu, sebenarnya, sebab mereka sudah jadi sahabat karib sejak berpuluh tahun, lamanya. Ya, mereka sudah menjadi sahabat yang ikrab, kecuali ajal yang dapat memisahkannya. Sahabat ini tidak mudah dilupakan begitu sahaja, hujan ribut, malam pekat, bekalan mesti didapatkan. Sungguh setia sahabat orang yang merokok ini, tidak berbelah bagi.
Bagaimana hendak kita pisahkan mereka ini? Tentu merana yang akan menimpa pasangan ini.
Hendak dipisah jauh, mereka akan mencari dan bertemu juga akhirnya. Salah satu mesti berkurban dan dikurbankan, bagaimana?

……hingga diwaktu yang lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: