isu_berhenti_merokok › Create New Post — WordPress

Januari 12, 2007

isu_berhenti_merokok › Create New Post — WordPress

Advertisements

About « Tip Menggunakan Komputer

Januari 12, 2007

About « Tip Menggunakan Komputer

Tip menggunakan komputer.

Hidup dengan komputer, mati pun dengan komputer. Ini lagi dengan smartkomputer, apakah bendanya…..Apa itu smartkomputer? Lagi-lagi komputer, lagi-lagi komputer, tak habis-habis dengan komputer. Bendanya sama saja, smartkomputer itu komputer juga, cuma pada sebutan ditambah smart dihadapannya. Mengapa pula smartkomputer, bagaimana tak smart, komputer sekarang jauh bezanya dengan komputer dua puluh tahun dahulu. Waktu itu tugas atau fungsi sesuatu komputer masih terhad kepada dua atau tiga tugas sahaja. Iaitu memperoses perkataan dan memperoses data sahaja. Ia juga dikenali sebagai komputer peribadi. Tapi sehingga atikel ini ditulis komputer peribadi ini sudah mempunyai fungsi yang berbagai-bagai.
Fungsinya bertambah lagi seperti sambungan internet, menperoses grafik, menonton video, mendengarmuzik dan bermain game.
Sebenonya saya tidak mahu cakap banyak-banyak. Ramai orang dan semua orang sudah tahu apa itu fungsi sesabuah komputer, lebih lagi smart komputer. Cerita yang hendak saya sampaikan disini ialah bagaimana sebuah komputer itu boleh meringkaskan tugas-tugas atau kerja-kerja kita yang berulang-ulang kali dalanm sehari atau dalam seminggu dua atau tiga kali. Kerja-kerja bergini cukup membosankan sesiapa saja yang mempunyai tugas harian yang sedemikian.
Sebuah smartkomputer boleh kita aturkan agar dia (komputer) dapat membantu meringkaskan tugas harian dengan tiga atau empat klik saja. Katakan kita akan menghantar lima puluh pucuk surat yang dicitak nama dan alamat nya di sampul surat masing-masing. Caranya sudah tentu kita taipkan nama dan alamatnya baru kita citak. Tetapi yang kita hedak buat ialah komputer itu akan mencitakkan nama dan alamat penerima surat itu dari data yang tersimpan dikomputer dan kita hanya mengklik dua tiga kali saja, dan kerja kita akan selesai dengan tidak membosankan kita. Selain itu kesilapan dapat di minimakan atau dizerokan terus kerana kesilapan menaip berulang telah dapat dielakkan. Inilah yang dimaksudkan smartkomputer.

isu_berhenti_merokok

Januari 5, 2007

Isu berhenti merokok terfikir bila saya sudah merokok selama empat-puluh tahun, ya hampir setengah abad lamanya. Bagaimana ia jadi bergitu lama? Untuk makluman, saya mula merokok sejak berumur sepuluh tahun. Percaya atau tidak terpulang. Ketika itu saya kerap berkunjung ke rumah datuk saya dan tompang kacau hisap rokok daun nipah dia. Datuk tidak pun melarang atau menegah saya menghisap rokok daun nipahnya tetapi hanya berpesan jangan bubuh tembakau, nanti mabuk! Itulah saja yang kerap dikataknya kepada saya. Saya akur, tetapi terus menggulung dan terus menghisap lagi.
Sehingga saya berkerja dan pandai membeli sebatang, dua batang dan seterusnya beli sekotak.
Tiga puluh tahun dulu harga rokok sebatang baru lima sen. Dengan wang lima puluh sen boleh beli sekotak rokok untuk sepuluh batang. Pada hari ini sebatang rokok berharga empat puluh sen.
Isu berhenti merokok terbit dari isu kenaikan harga rokok akhir-akhir ini. Saya akan bawa anda ke dunia pengiraan bagaimana saya yang berumur lima puluh tiga tahun ini telah menghabiskan wang dan memenohkan usia paru-parunya dengan jelaga asap rokok. Dalam masa sehari atau dua puluh empat jam saya menghisap rokok yang jumlah panjangnya ialah 120 sentimeter. jika sebulan jumlahnya ialah 3,600 sentimeter, dalam setahun jumlahnya mencecah 43,200 sentimeter atau sejauh 43.2 km. Saya sudah merokok selama 40 tahun sudah tentu jumlahnya sejauh 1,728 km. Jika warga Malaysia yang merokok satu juta orang tentu jumlahnya 1.728 bilion km. Woo hebatnya, entah berapa kali keliling dunia!
Inilah yang menyebabkan ujud isu untuk berhenti merokok.

Ada ramai perokok-perokok yang ingin berhenti merokok? Ramai orang berfikir yang berhenti merokok boleh berlaku dengan sekelip mata? Tidak semudah itu, sebenarnya, sebab mereka sudah jadi sahabat karib sejak berpuluh tahun, lamanya. Ya, mereka sudah menjadi sahabat yang ikrab, kecuali ajal yang dapat memisahkannya. Sahabat ini tidak mudah dilupakan begitu sahaja, hujan ribut, malam pekat, bekalan mesti didapatkan. Sungguh setia sahabat orang yang merokok ini, tidak berbelah bagi.
Bagaimana hendak kita pisahkan mereka ini? Tentu merana yang akan menimpa pasangan ini.
Hendak dipisah jauh, mereka akan mencari dan bertemu juga akhirnya. Salah satu mesti berkurban dan dikurbankan, bagaimana?

……hingga diwaktu yang lain.

Hello world!

Januari 3, 2007

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Ini ialah blog saya yang pertama. Blog ini dalam pembinaan dan sudah tentu dalam seba kekurangan. Al maklum pertama kali mengarang, sudah lama tidak mengarang.